Friday, January 27, 2012

Story Line 3

  •  Jangan mengharap orang menjaga hati kita kalau kita tidak tahu menjaga hati orang lain.

  • Bila kita mendiamkan diri tak bermaksud kita disisi kekalahan, tapi kita tidak mahu bila mula berbicara, pergaduhan akan meletus.

  • Jangan meluakkan kemarahan kepada individu yang tidak sepatutnya.

  • Manusia ini rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitulah perangai setiap insan di muka bumi ini.

  • Kadang-kala bila kita dah terbiasa dengan seseorang itu, kita terlupa untuk menjaga air muka dia.

  • Bila kita menjaga aib seseorang, maka Allah akan menjaga aib kita.

  • Sahabat itu sukar ditemui , namun rakan itu mudah diperolehi.

  • Hubungan kekeluargaan itu penting untuk dikekalkan walaupun jauhnya beribu batu.

  • Perasaan itu boleh dikikis dan juga boleh disemai cuma mudah atau sukar sahaja untuk dilaksanakan.

  • Keindahan itu bukan terpamir melalui pandangan tapi melalui perasaan.

***  untuk peringatan diri sendiri  ***

0 luahan hati...: