A : Aku benci dia. Dia dah tak ambil kisah lagi tentang aku. Aku dah malas nak contact dia lagi.
B : Ala. . ye la tu. Sampai bila kau boleh bertahan ? Kita tengok je la nanti.
C : Entah. Sekarang sedih . . nanti bila dia dah call terus jadi sejuk.
A : Ah,kalau dia call aku tak nak angkat. Biar je dia . . BENCI !!!
B : Kita tunggu dan lihat . .
C : Dah kalau kau tak suka sangat kenapa tak clash je ?
A : Eh, takada la sampai nak clash . . .
C : La. . tadi kate dah bencilah. . apa lah. . tu dalam hati ada Ombak Rindu la tu. Dia tu 1st love kau ke?
A : Officially . . yes!
C : Patutlah. . kau B ? 1st love jugak ke?
B : Eh. . mana ada. . tak declare apa-apa pun (sambil senyum-senyum)
A : Ala mengaku je la B. Tak payah nak malu-malu sangat.hahaha Tapi aku bencilah . . aku rasa jodoh aku bukan dengan dia.
C : Dah tu buatlah solat istiharah . . mintak petunjuk dari Allah.
A : Takutlah . . kalau dia memang sebenarnya bukan untuk aku.
C : Kalau dah tahukan lebih elok . . kau dah siap sedia. Tak adalah kau menaruh harapan yang tinggi dengan dia kan ?
B : Tapi kalau aku, aku tak rasa aku dah bersedia nak tahu sama ada dia sebenarnya untuk aku ke tidak. Kalau memang betul dia untuk aku, aku rasa satu tangunggan kat bahu ni.
A : Betul tu . . nanti kalau dia bukan untuk aku. . aku rasa sedih pulak. Sayang dah habiskan banyak masa dengan dia.
C : Habis tu, bila masa yang sesuai untuk korang terima kenyataan ?
A & B : Tahlah. . biarlah masa menentukan segalanya.
B : Kau pulak kenapa kau tak mahu bercinta yer ,C ?
C : Aku belum mampu sara ibu bapa aku lagi . . So aku belum layak untuk bercinta . . .
0 luahan hati...:
Post a Comment