- Jangan mengharap orang menjaga hati kita kalau kita tidak tahu menjaga hati orang lain.
- Bila kita mendiamkan diri tak bermaksud kita disisi kekalahan, tapi kita tidak mahu bila mula berbicara, pergaduhan akan meletus.
- Jangan meluakkan kemarahan kepada individu yang tidak sepatutnya.
- Manusia ini rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitulah perangai setiap insan di muka bumi ini.
- Kadang-kala bila kita dah terbiasa dengan seseorang itu, kita terlupa untuk menjaga air muka dia.
- Bila kita menjaga aib seseorang, maka Allah akan menjaga aib kita.
- Sahabat itu sukar ditemui , namun rakan itu mudah diperolehi.
- Hubungan kekeluargaan itu penting untuk dikekalkan walaupun jauhnya beribu batu.
- Perasaan itu boleh dikikis dan juga boleh disemai cuma mudah atau sukar sahaja untuk dilaksanakan.
- Keindahan itu bukan terpamir melalui pandangan tapi melalui perasaan.
*** untuk peringatan diri sendiri ***

